• Koleksi Kisah 25 Nabi

Koleksi Kisah 25 Nabi

Not yet rated Write a review
RM 9.90
Ex Tax: RM 9.90
Product Code:
0016346
Brand:
Cerdik Murni

Koleksi Kisah 25 Nabi ialah kompilasi cerita-cerita 25 Nabi yang telah dilantik oleh Allah. Buku ini disusun untuk memperkenalkan 25 Nabi yang perlu diketahui oleh setiap orang yang beragama Islam. Kanak-kanak akan dapat membaca mengenai Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Muhammad ad SAW dan Nabi-nabi lain yang telah dilantik Allah.


Allah telah melantik Nabi untuk membimbing manusia ke arah jalan yang benar. Para Nabi ini juga ditugaskan untuk menyampaikan ajaran Allah kepada umat mereka. Perjalanan mereka dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. Melalui buku ini, kanak-kanak akan dapat menghayati dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjalanan 25 Nabi ini.


Para Nabi mempunyai peribadi mulia yang patut dicontohi. Diharap dengan membaca buku ini, kanak-kanak dapat mengenali Nabi dan mencontohi sikap mereka. Setiap cerita juga diselitkan dengan nilai-nilai Islam dan pengajaran yang dapat membantu dalam membinaperwatakan dan peribadi kanak-kanak sebagai seorang Islam.


Setiap cerita ditulis dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Ilustrasi berwarna yang menarik juga disertakan untuk menjadikan pembacaan lebih menyeronokkan. Sebagai tambahan, soalan-soalan pemahaman juga disertakan di bahagian akhir buku ini. Soalan-soalan ini juga boleh digunakan dalam perbincangan lanjut atau untuk  menguji pemahaman kanak-kanak selepas setiap bacaan. Buku ini sesuai digunakan di rumah dan juga di sekolah.

LABEL PRINTER SPECIFICATION
Keyboard Kohwai & Young Publications (M) Sdn. Bhd.
LCD Aniza Anis Sallihudin
Cutter 2016
Types of Tape Paperback
Tape Size (mm) 9789673961665
Print Resolution Usual Local Delivery: In Stock-3 to 5 business days* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST* Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at THE BOOK GARDEN outlets.* Price may change from time to time as advised by the publishers
Write a review