• Sayangku Hana

Sayangku Hana

Not yet rated Write a review
RM 27.00
Ex Tax: RM 27.00
Product Code:
0090069
Brand:
Idea Kreatif

Untuk meluahkan, dia tidak pernah yakin diri. Apabila berdepan dengan gadis itu, selalunya ayat puaka yang keluar dari mulutnya. Kebetulan yang tidak disangka, apabila mula kerja dan tinggal di bandar, jiran sebelah rumah juga orang yang sama.


“Hana duduk dekat rumah sebelah ni. Abang baru pindah sini ke?” - Hana


"Hidup aku ni memang kena berjiran dengan kau sampai mati ke?" Aiman


Pada Hana, mulut puaka Aiman itu memanglah menyakitkan hati tapi dia tidak boleh hendak buat tidak endah saja dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila dia dibuli oleh teman serumah, Aimanlah yang membantunya. Lagipun, Aiman itu memang sudah lama melekat di hatinya. Peristiwa hitam Hana hampir dirogol rakan sekuliah menjadi titik tolak Aiman melangkah lebih jauh. Dia berjanji mahu menjaga Hana dan melamar Hana dengan alasan yang sama. Tapi syarat yang diberi oleh orang tua mereka, Hana tidak boleh mengandung sehingga habis belajar. Tinggal sebumbung bila sudah halal, mana mungkin mampu bertahan lebih-lebih lagi bila di hati masing-masing memang sudah lama wujud rasa cinta. Masalah timbul bila Hana mengandung, masing-masing takut mahu memberitahu keluarga. Lebih bermasalah lagi apabila timbul salah faham akibat daripada tidak berterus terang tentang perasaan masing-masing.


"Abang... sayang Hana ke?" - Hana


"Aku sayang kau." - Aiman


"Tak. Abang sayang anak abang aje. Sebab tu abang layan Hana baik.” - Hana


Sampai bilakah mereka akan hidup dalam teka-teki tentang perasaan masing-masing? Apa akan jadi apabila keluarga tahu Hana mengandung?

LABEL PRINTER SPECIFICATION
Keyboard Idea Kreatif Publication
LCD Kay Omena
Cutter February 2018
Types of Tape Paperback
Tape Size (mm) 9789672137160
Print Resolution Usual Local Delivery: In Stock-3 to 5 business days* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST* Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at THE BOOK GARDEN outlets.* Price may change from time to time as advised by the publishers
Write a review