• Kau Bunga Aku Kumbang

Kau Bunga Aku Kumbang

Not yet rated Write a review
RM 25.00
Ex Tax: RM 25.00
Product Code:
0088919
Brand:
Local Books

Dijadikan ganti kepada hutang si ibu tiri, membuatkan Bunga Nur Mikayla nekad melarikan diri daripada pernikahan yang tidak direlainya. Membawa diri ke rumah ayah saudaranya, menemukannya dengan si kumbang yang bermulut laser.


“Bunga?” aju Fariz dalam ketawa. “Bunga ya? Oh, hai, aku kumbang,” katanya sinis sambil senyum mengejek.


“Kumbang konon. Macam baja taik ayam adalah.” Pertelingkahan mereka membawa kepada cinta. Namun ternyata cinta yang disangka sejati itu diuji jua apabila cinta Fariz beralih kembali kepada kekasih lama.


“Saya tak rasa dia ikhlas cintakan awak, Fariz.”


“Awak boleh baca hati dia ke?”


“Saya tak perlu baca hati dia. Cukup untuk saya tahu dia tak cintakan awak berdasarkan perangainya.”


“Perangai apa? Kay, kalau awak cakap macam ni sebab nak saya kembali pada awak, awak silap. Saya cintakan Emilia.”


Tapi, benarlah kata pepatah. Jika memang jodoh tidak akan ke mana. Saat si bunga reda, sang kumbang datang menagih kembangnya semula. Fariz berkeras mahukan bunganya itu sebagai suri hatinya. Bunga Nur Mikayla keliru dengan pendirian Fariz yang berubah dan perasaannya yang tidak menentu. Dia bertambah dalam dilema apabila pak cik dan mak ciknya juga mahu dia menerima Fariz sebagai suami.

LABEL PRINTER SPECIFICATION
Keyboard Penerbitan Fajar Pakeer
LCD Sha Ehan
Cutter January 2018
Types of Tape Paperback
Tape Size (mm) 9789673653256
Print Resolution Usual Local Delivery: In Stock-3 to 5 business days* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST* Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at THE BOOK GARDEN outlets.* Price may change from time to time as advised by the publishers
Write a review