• Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan dari Penjara Kajang

Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan dari Penjara Kajang

Not yet rated Write a review
RM 35.00
Ex Tax: RM 35.00
Product Code:
NB002

Banyak pengalaman Tian Chua sebagai tahanan politik di penjara atas dakwaan yang tidak adil, tetapi tidak menghalangnya mempertahankan permikiran merdeka dan kebebasan minda. Dengan buku terbaru Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang, Tian Chua berkongsi pengalamannya apabila dipenjara selama 30 hari, dan menunjuk tekad untuk meneruskan lawan dengan sistem yang menindas hak asasi manusia.


Tian Chua, reformis yang memahat ingatan rakyat Malaysia dengan susuk tubuhnya yang kurus di depan trak meriam air berkimia pada zaman Reformasi. Naik turun mahkamah, keluar masuk lokap sudah menjadi sesuatu yang lumrah sepanjang tempoh dua dekad perjuangan politiknya.
Pada tahun 2014, Tian Chua disabitkan oleh Mahkamah Sesyen di bawah Akta Kawasan dan Tempat Perlindungan 1959 dan dihukum penjara sebulan. Dia dituduh menolak perintah untuk meninggalkan kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, selepas berada di sana sehari sebelum ketika perhimpunan BERSIH 3. Selepas membuat keputusan tarik balik rayuan terhadap sabitan, Tian Chua memulakan hukuman penjara tersebut di Penjara Kajang bermula dari 29 September 2017. 


Pada masa itu, dia amat bersedia utuk membayar, sekiranya harga untuk memgubah sistem yang zalim dan korup adalah dengan dipenjarakan. Peneriman hukuman penjara ini bukannya satu pengakuan bersalah tetapi untuk menunjukkan kepincangan kerajaan Barisan Nasional.
Melalui pengamatannya, Tian Chua berkongsi kisah-kisah dalam Penjara Kajang, malah menyelami falsafah di sebalik fenomena yang berlaku. Dia juga mengambil berat kebajikan banduan dan mengungkapkan kesusahan yang dialami oleh kakitangan Jabatan Penjara.
Di sebalik imej berani yang ditonjolkan, Tian Chua memiliki jiwa seni yang halus. Tian Chua menggilap semula bakatnya dengan menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi. Dengan lakaran dalam buku ini, dia memasukkan makanan harian, dimensi sel penjaranya dan kemudahan yang ada.


Meskipun jasadnya terkurung, Tian Chua tetap mempertahankan kebebasan jiwanya – kebebasan untuk memilih yang benar dan mulia, dan kebebasan untuk menolak yang salah dan korup.

Write a review